Media Kini Sentiasa Update !!

Showing posts with label Baca Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Baca Hiburan. Show all posts

Friday, 5 February 2016

JOM LIHAT: Saksikan 12 foto dan tonton video sekitar malam berinai Stacy AF di Penampang, Sabah. Pakai kain sarung je ke stacy?

Sekitar malam berinai Ummu Shaikhah Stacy Anam di Kampung Tuavon, Penampang di Sabah, yang berlangsung sebentar tadi. Meskipun ia berlangsung sederhana, tetapi kemeriahan tetap dapat dirasa dengan kehadiran keluarga, sahabat handai dan saudara-mara terdekat.



Untuk info, Vokalis kumpulan The Akim & The Magistrate iaitu Akim bakal berkahwin dengan Stacy esok di kediaman Stacy di Penampang, Sabah, manakala majlis resepsi pihak lelaki pula akan berlangsung di rumah keluarga Akim di Johor Baru.

"Saya tidak mahu berlakunya pembaziran pada majlis perkahwinan kami. Saya percaya kami lebih memerlukan wang tersebut selepas berkahwin," ujar Akim baru-baru ini.

Akim dan Stacy telah bertunang pada 26 September 2015 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos tahun yang sama.

Tonton video di SINI.

Sumber: myartis












Thursday, 4 February 2016

KANTOI!! Akhirnya ISTERI Amir Raja Lawak "MENDEDAHKAN" Hal Sebenar Tentang Amir Yang Mengejutkan Kita Semua..!!

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu dia seorang lelaki bertuah kerana dapat memperisterikan Intan.

“Saya bersyukur kerana Intan ditakdirkan menjadi milik saya dan merasakan sayalah lelaki paling bertuah dalam dunia ini.

“Intan seorang yang penyabar dan sangat memahami diri saya. Tidak pernah sekalipun dia merungut sekiranya saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga ‘lupa’ pada dia,” katanya.



Apabila ditanya tentang perancangan bulan madu Amir berkata, dia dan Intan tidak merancang untuk berbulan madu di luar negara kerana jadual kerja masing-masing.

“Saya dan isteri bulan madu dalam negara sahaja. Esok kami akan ke Bukit Tinggi, Pahang dan seterusnya ke Gold Coast, Sepang.

“Tidak mengapalah berbulan madu dalam negara pun, asalkan kami dapat meluangkan masa bersama dengan sebaik-baiknya,” ujarnya yang tidak menolak sekiranya dikurniakan anak dalam masa terdekat.

Sementara itu Intan mendedahkan kepada Astro Gempak, sifat romantik Amir menyebabkan dia terpikat dengan lelaki itu.

“Mungkin ramai orang bila melihat Amir mereka tak percaya yang dia ni sebenarnya romantik. Dia lelaki yang lucu dan comel.

“Pernah sekali saya merajuk, Amir datang dengan sejambak bunga ros. Itu kali pertama saya menerima bunga daripada seorang lelaki dan ia meninggalkan kesan dihati saya.

“Ada beberapa kali juga Amir melakukan perkara di luar duga saya yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila,” katanya malu-malu.

Amir dan Intan telah diijabkabulkan pada Sabtu lalu di kediaman Nur Intan di Kampung Gajah, Sungai Buloh.

Amir atau nama sebenanrnya, Mohammad Amirullah Azmi, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 manakala RM13,000 sebagai wang hantaran.
Akad nikah itu disempurnakan oleh Jurunikah Masjid Kampung Gajah Sungai Buloh, Mahmud Ahmad dan berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Shaari Sabri.

Majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan telahpun diadakan pada Ahad dan sebelah lelaki akan diadakan di Kubang Kerian, Kelantan pada 2 April depan.

Amir dan Intan telah mengikat tali pertunangan pada 13 Jun lalu.

http://merahnetwork.blogspot.my/2016/02/padah-akhirnya-isteri-amir-raja-lawak.html

Wednesday, 3 February 2016

MENGEJUTKAN!! Status Terbaru Jejai, Bekas Suami Jejai Di Instagram Buat Ramai Follower Naik Angin!!

Status Terbaru Jejai, Bekas Suami Jejai Di Instagram Buat Ramai Follower Naik Angin!!

Kau Memang LELAKI Tak Guna JEJAI!! Pandai kau RAHSIAKAN Yer, Cuba Anda Tengok STATUS TERKINI Jejai Di Laman Sosial..Baru je bercerai, Dah Wat HAL Balik..Kesian Kat ANAK



Status Terkini Jejai Dilaman Sosialnya Mengejutkan Orang Ramai ! Siapa Sangka Boleh Jadi Macam Ni!




Sumber: http://www.berita-harian.net/2016/02/status-terbaru-jejai-bekas-suami-jejai.html

GEMPAK!! Luahan NOR RAHA Bekas Isteri Kedua Salih Yaakob Me­ngakui Hidupnya Kini Lebih

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Bekas isteri kedua Salih Yaakob me­ngakui hidupnya kini lebih bahagia setelah diceraikan pelawak tersebut September tahun lalu.

Nor Raha Hamad, 47, mendedahkan, dia sebenarnya sudah memohon untuk dilepaskan sejak Julai tahun lepas tetapi Salih tidak mengendahkan permintaannya sehinggalah pada bulan September.


Jelasnya, punca penceraian mereka bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh Salih, 55,sebaliknya dia sudah lama memendam rasa akibat Salih tidak memberi perhatian kepadanya serta berlaku tidak adil sepanjang berkahwin.

Malah, soalnya, bagaimana isu pertemuan dengan rakan-rakan sekolah lama atau reunion mahupun wujudnya orang ketiga dijadikan punca sedangkan dia mengenali suami baharunya sejak kecil lagi dan tidak pernah bersekolah sama.

“Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain.

“Sebenarnya saya sudah lama meminta untuk dilepaskan iaitu sejak 2012 lagi tetapi, tahun lepas saya nekad untuk bercerai. Bukan kerana orang ketiga, cuma saya rasa sudah tiba masa­nya untuk saya me­ngundurkan diri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Salih baru-baru ini mendedahkan wujudnya orang ketiga dalam perceraian itu setelah bekas isterinya menghadiri majlis reunion bersama rakan-rakan sekolah lamanya.

Mengulas lanjut, ibu kepada enam orang anak itu berkata, masalah kewangan juga adalah salah satu punca keruntuhan rumah tangga yang dibina kira-kira 23 tahun lalu.

“Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak.

“Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/nor-raha-lega-dicerai-salih-1.186360#sthash.yA1qwtNY.dpuf

Monday, 1 February 2016

WOWOWW!! MEMERANJATKAN !!! “Kalau Dia Masuk Islam, Saya Tak Mahu Dia Tukar Namanya” – Hazama

Penyanyi Hazama memberitahu ada meminta pandangan daripada rakan baiknya iaitu penyanyi Akim Ahmad berkaitan dengan hal berkaitan percintaan dengan pasangan berbeza agama kerana berasa kagum dengan pengorbanan Akim memperjuangkan cinta bersama tunangannya Stacy yang mencecah tujuh tahun itu.



 “Saya ada minta nasihat dan bertanya pada Akim juga tentang hal-hal cinta dengan pasangan berlainan agama. Saya lihat dia seorang yang penyabar dan sanggup menunggu lama, hubungan dia dengan tunangnya iaitu Stacy sudah tujuh tahun. Manakala saya Genervie baru sahaja tiga tahun bercinta.

” Hazama dan kekasihnya Genervie Kam. Hazama tidak pernah mendesak wanita itu memeluk agama Islam semata-mata untuk berkahwin dengannya. “Saya tidak mahu paksa dia masuk Islam, biar dia sendiri terbuka hati sendiri dan bukan kerana saya semata-mata. Saya sanggup tunggu selagi termampu dan kalau di memeluk agama Islam saya tidak mahu dia menukar namanya.”

BERTABAHLAH !! Inilah 5 Foto keadaan terkini Fasha Sandha setelah 12 hari bercerai dengan Jejai

Tiada apa yang mampu diungkapkan, Fasha Sandha hanya mampu mengucapkan terima kasih terhadap peminat serta rakan-rakan artis yang memberi kata-kata semangat dan komen-komen positif yang sentiasa mendoakan supaya beliau tabah dalam mengharungi dugaan yang melanda.

Menerusi salah satu gambar yang dikongsi pelakon itu baru-baru ini, beliau memetik kata-kata semangat untuk sentiasa percaya ada hikmah di sebalik semua yang menimpanya.



"Manusia berubah, jadi kita boleh belajar melepaskan dan menghargai apa yang kita miliki serta kita percaya kepada penipuan sehingga satu ketika, kita tidak akan menaruh percaya kepada sesiapa selain diri kita sendiri. Kadang-kala, perkara baik tidak semestinya kekal selama-lamanya," katanya.

Fasha juga dilihat sering memuat naik gambar kedua-dua anaknya, Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.

Menyifatkan kedua-dua anaknya sebagai nadi hidupnya, Fasha turut mendoakan agar mereka kuat sepertinya.

"Kesiannya anak ibu ni. Batuk. Semoga jadi tabah seperti ibu dan Abang Fal," ujarnya.

Perkahwinan pelakon Fasha dan Rizal Ashram Ramli yang lebih dikenali sebagai Jejai berakhir apabila Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan perceraian mereka pada 20 Januari lalu.

Dalam pada itu, peminat masih tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada pelakon yang ketika ini sedang sibuk menjalani penggambaran drama baharunya, Tentang Hati 2.

Sumber: myartis








Sumber: http://gelakhati.blogspot.my/2016/01/tabahlah-5-foto-keadaan-terkini-fasha.html

Sunday, 31 January 2016

Saturday, 30 January 2016

WOWOWOW!!! Jom Lihat 5 Foto anak perempuan A.Aida yang dah jadi anak dara cun melecun

A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 44, telah dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, malam Jumaat lalu.

Aida merupakan antara 80 penerima darjah kebesaran dan antara mereka yang menerima pingat daripada DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi sesi kedua sempena Hari Keputeraan ke 85 baginda tahun ini di Istana Pahang, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.


Bagaimanapun, Aida menyangkal dakwaan bahawa beliau membeli gelaran Datuk yang diterimanya.

Menurut Aida, anugerah pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu diterima berdasarkan sumbangan dan kerja amal yang dilakukan kepada masyarakat tanpa liputan media.
"Saya tidak membeli gelaran Datuk ini dan saya tidak tahu ianya boleh beli atau tidak. Apa yang saya terima ini berikutan sumbangan amal selama ini yang dilakukan tanpa pengetahun orang ramai.

"Saya buka sekolah tahfiz atau bina surau tak perlu dihebohkan kepada media, atas perkara itu mungkin saya diberi pernganugerahan ini," jelas A Aida.

Tambah Aida, dia enggan mengambil peduli tentang pandangan negatif masyarakat yang hanya mahu mencari kekurangannya sahaja.




Aida berkata surat penganugerahan itu diterima dari Istana Pahang pada 16 November lalu.

"Saya terima surat 16 November lalu tapi saya tidak hebohkan perkara ini kerana takut tidak jadi. Pada hari kejadian barulah saya beritahu kepada rakan-rakan terdekat.

"Sekarang pun saya tidak umumkan dimana-mana laman sosial, bukan kerana saya tidak menghargai tetapi saya tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Dalam pada itu, Aida berkata, gelaran Datuk itu memberi suntikan semangat kepadanya untuk terus bergiat aktif dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Pemilik A Aida Production Sdn Bhd ini juga, mahu apa yang dimiliki ini memberi inspirasi kepada golongan artis lain.

"Ia seperti kekuatan pada saya meneruskan perniagaan penerbitan drama dan mungkin saya akan menceburkan diri dalam bidang perniagaan lain juga.


"Saya juga berharap, sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada artis-artis lain untuk membina kerjaya yang lebih stabil," katanya. 

Dalam pada itu, Aida berkata, dia bukan sahaja aktif menerbitkan drama, malah kini sedang berjinak-jinak menerbitkan lagu-lagu tema serta menulis lirik. 

Katanya, lagu nyanyian Nomad berjudul 'Sorry Sayangku' untuk lagu tema drama 'Hello Mr Perfect' mendapat sambutan baik apabila ditonton lebih 1.7 juta di Youtube biarpun belum dimainkan di radio tempatan.

Sumber: myartis





WOWOWOW!! Inilah Pekerjaan Juara Akademi Fantasia Dari AF1 Hingga Sekarang ! Faizal Juara AF4 Paling Kesian !

Sudah bersiaran selama 12 musim, program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) masih gah berdiri sebagai program realiti nombor satu di Malaysia. Menyingkap semula perjalanan AF, program yang mula bersiaran pada tahun 2003 ini merupakan adaptasi rancangan realiti yang berasal dari negara Mexico yang berjudul La Academia.

Bersempena dengan #AF2015 yang bakal berakhir pada hujung minggu ini, Portal Murai menyenaraikan satu demi satu juara yang lahir menerusi program ini. Ada yang masih utuh mencipta nama dalam bidang seni suara tempatan, ada juga yang terus sepi tanpa berita.



Vince Chong
Bermula pada tahun 2003, AF1 telah menobatkan pemuda keturunan Cina – Inggeris, Vincent Chong Ying-Cern selaku juara sulung mereka. Siapa boleh lupa dengan ungkapan azimat Vince, “semua pemenang, tiada pengalah.” Beberapa tahun di awal kemunculannya, karier Vince dalam dunia nyanyian berjalan lancar tetapi lama kelamaan, Vince agak sepi tanpa sebarang produk baru.

Zahid Baharuddin
AF2 pula menyaksikan Ahmad Zahid Baharuddin sebagai juara. Jejaka ini juga seperti Vince, aktif di awal kemunculannya tetapi akhirnya dia bergiat dalam bidang penyiaran radio sebagai penyampai Era FM. Namun begitu, Zahid mengambil keputusan untuk meninggalkan Era FM dan memulakan semula karier nyanyiannya dengan menampilkan single terbaru yang berjudul Biasa.

Mawi
Ungkapan “World!” sememangnya tidak asing dengan pemenang AF3, Asmawi Ani. Jejaka kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini mencipta fenomena di awal kemunculannya sebagai penyanyi. Pernah berada di kemuncak karier dengan merangkul gelaran Bintang Paling Popular bermula tahun 2005 sehingga 2007, kerjaya Mawi kini bergerak agak perlahan. Namun begitu, Mawi tetap aktif dalam lapangan muzik dengan mengeluarkan single demi single berunsurkan kerohanian yang menjadi hit di corong radio.

Faizal Ramly
Sebaik saja diangkat sebagai juara AF4, kerjaya seni Mohammad Faizal Ramly tidak mendapat sambutan yang menggalakkan peminat seni tanah air sepertimana penglibatannya di dalam program realiti tersebut. Faizal yang popular dengan tagline “senyum sokmolah” itu terus hilang dan menyepi.

Mila Jirin
AF5 pula menyaksikan Norsyarmilla Jirin atau Mila ditabalkan sebagai juara wanita pertama program realiti itu. Masih bergiat aktif dalam bidang hiburan, Mila yang sudah berhijab kini terlibat dalam bidang perniagaan dan bakal menamatkan zaman gadisnya hujung tahun ini.


Stacy Anam
AF6 pula menobatkan seorang lagi pelajar wanita berasal dari Sabah iaitu Stracie Angie Anam sebagai juara. Tampil dengan identiti tersendiri iaitu menyanyi sambil menari dengan rancak, Stacy masih lagi bersinar dalam bidang nyanyian dan bergiat aktif dalam dunia hiburan. Terbaru, Stacy tampil dengan single terbaru bersama Altimet yang berjudul Not For Sale. Kini Stacy yang sudah memeluk agama Islam menjadi tunangan kepada jejaka yang dicintainya, penyanyi Akim Ahmad dan mereka merancang untuk bernikah pada tahun hadapan.

Hafiz Suip
AF7 pula menabalkan jejaka kelahiran Kuching, Sarawak, Mohd Hafiz Mohd Suip sebagai juara. Selepas berjaya menjadi pemenang, bintang Hafiz dalam industri hiburan terus bersinar terang. Pernah dua kali menjadi pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL), Hafiz terus aktif meluaskan empayarnya dalam bidang hiburan. Bukan sahaja AJL, Hafiz juga beberapa kali menggondol trofi bagi Vokal Lelaki Terbaik Dalam Lagu menerusi Anugerah Industri Muzik serta Hafiz juga popular di kalangan peminat dan pernah membawa pulang trofi dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kini, namanya tercatat sebagai antara penyanyi lelaki yang memiliki vokal hebat di dalam industri seni tanah air.

Shahir Zawawi
Juara AF8 pula boleh diibaratkan seperti ‘biskut’, sekejap ada, sekejap tiada. Ahmad Shahir Zawawi memulakan langkah awal dalam industri muzik dengan baik tetapi dia sering ‘tenggelam timbul’ dan hilang tanpa dikesan. Shahir juga sering digosipkan dengan artis yang jauh lebih berusia daripadanya. Selepas dikaitkan bercinta dengan aktres Rozita Che Wan beberapa tahun lalu, nama Shahir kini dikaitkan pula dengan pelakon Erra Fazira. Baru-baru ini, Erra sendiri mengakui yang dia masih berkawan dan berhubung dengan Shahir.

Hazama Azmi
Hazama Ahmad Azmi yang menjadi juara AF9 membuktikan yang percubaan buat kali kedua sememangnya membuahkan hasil. Pernah terpilih sehingga ke konsert prelude AF4, Hazama tidak jemu mencuba dan akhirnya terpilih untuk mengikuti pengajian di AF9. Kini kerjaya seni Hazama berkembang pesat dan dia menjadi antara salah seorang penyanyi lelaki yang disegani di Malaysia.

Faizul Sany
Jika Stacy menjadi pelajar wanita dari Sabah pertama yang menjadi juara AF, Mohd Faizul Sany pula menjadi pelajar lelaki Sabah pertama dinobatkan menjadi juara untuk #AF2013. Sudah muncul dengan album solo pertamanya, Faizul masih lagi mencari ruang untuk menempatkan diri sebaris dengan penyanyi lain yang sudah mempunyai nama sendiri dalam industri ini. Namun begitu, Faizul juga mempunyai bakat besar dalam bidang penciptaan muzik dan tidak mustahil dia akan mampu menjadi salah seorang komposer yang disegani suatu hari nanti.

Firman Bansir
Dominasi pelajar Sabah di dalam AF memang cukup hebat. Selepas Stacy dan Faizul, #AF2014 menyaksikan Mohd Firman Bansir yang berasal dari Tawau, Sabah dipilih sebagai juara bagi program tersebut. Dalam perkembangan terbaru, Firman kini di dalam proses untuk menyudahkan proses pembikinan album pertamanya yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Siapakah pilihan anda untuk menyandang gelaran juara bagi musim terbaru AF? Adakah Sharul, Sufi, Syamel atau Bila? Walau siapapun yang ditabalkan sebagai pemenang #AF2015, Portal Murai mengharapkan agar juara terbaru AF akan terus menyinar dan mencurah bakti untuk industri nyanyian tempatan!

Konsert #AF2015 yang diacarakan oleh Faizal Ismail dan Zizan Razak bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam. Saksikan Diari #AF2015 yang dihoskan oleh Nana Mahazan yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam.

#AF2015 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123). Gunakan hashtag #AF2015 untuk berinteraksi mengenai #AF2015 di laman sosial.


Sumber: http://huhuahaha.blogspot.my/2016/01/inilah-pekerjaan-juara-akademi-fantasia.html

JOM LIHAT: 15 Foto wajah terbaru dua anak perempuannya yang bagaikan Puteri Kayangan

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya pelakon kacak Azhar Sulaiman ini sudah berumur 44 tahun rupanya, apa yang buat kami terkesima lagi Azhar Sulaiman rupa-rupanya ada 2 orang anak dara yang cun melecun!



Manis-manis belaka wajah mereka, inilah yang orang selalu katakan “bapa borek anak rintik”. Kalau ada sesiapa yang ingin masuk meminang anak dara cantik ni, korang kenalah ambil hati mami dia dulu. Huhu!


Kasih Leia Ixora







Kasih Iris Leona






Mesti bergetar tulang rusuk abam-abam di luar sana, agak-agak kalau ada salah seorang yang berkenan di hati, korang kenalah berdepan dengan mami dia dulu. Ada berani?

Sumber : Instagram azharbsulaiman

Popular Posts