Media Kini Sentiasa Update !!

Sunday, 19 July 2015

Mengejutkan!! Jom Lihat Foto-Foto Eksklusif Ibu Neelofa Ketika Muda [ 5 Gambar ]

Kisah Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa "Selain bersyukur dengan kurniaan Ilahi, ibu bapa artis tanah air, mendedahkan petua bagi memastikan anak gadis mereka terus mewarisi kecantikan keluarga.."


WARISI KECANTIKAN... Neelofa bersama keluarga.BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.

Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.

 Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan. Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.


 Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun. “Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya.

Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad.


Mengejutkan Lagi !! Ucapan Raya Nabil Untuk Diva Azwan Ali Di Balas Dengan Maki Hamun

Ucapan Raya Nabil Untuk Diva Azwan Ali Di Balas Dengan Maki Hamun |Selepas kecoh satu Malaysia Azwan ali mengamuk disebabkan Nabil Ahmad tidak menegurnya di KLIA, akhirnya Nabil membuat tindakan profesional dengan memuat naik status meminta maaf kepada Azwan Ali.


Tindakan Nabil ini dipuji ramai kerana walaupun agak baru dalam industri ini tetapi dia bijak menangani kontroversi seperti ini. tahniah Nabil atas tindakan  bijak.

Namun begitu permohonan maaf Nabil kepada Azwan Ali agak sia-sia kerana maaf tersebut cuma diendahkan dan dibalas dengan maki hamun.



Punca Sebenar Nur Fatimah Tidak Berhasrat Pulang Ke Malaysia

PETALING JAYA: Penyanyi Nur Fatimah tidak merancang untuk kembali menetap di Malaysia selepas berkahwin dengan Mohammad Jeffry Wain Wright seorang warga Australia dua tahun lalu.

Nur Fatimah, 33, berkata, dia selesa dengan kehidupannya di negara tersebut selain faktor karier suaminya memerlukan mereka berada di sana.

"Saya sudah menetap di Australia sejak 2009 ketika menyambung pengajian dan terus menetap di sana selepas berkahwin dengan Jeffry.

"Setakat ini tiada perancangan untuk kembali ke Malaysia memandangkan suami bekerja tetap namun akan sentiasa pulang ke Malaysia untuk bertemu keluarga dan urusan kerja," katanya kepada mStar Online.

Nur Fatimah sebelum ini menyambung pengajian di Institut SEA Sdyney dalam jurusan Ijazah Kejuruteraan Audio.



Penyanyi itu berkahwin dengan Jeffry selepas bertemu di sebuah kafe di Sdyney sebelum mengambil keputusan bernikah sembilan bulan kemudian.

Dalam pada itu, Nur Fatimah berkata, bagi mengurangkan rasa rindu terhadap keluarga di Malaysia, dia banyak melakukan aktiviti komuniti bersama jiran-jirannya sejak berkahwin.

Malah ada di antara mereka rakyat Malaysia dan sering berkumpul untuk melakukan pelbagai aktiviti.

"Saya kini tinggal di Canberra, Sydney iaitu sebuah kawasan sama seperti Putrajaya malah pejabat suami juga hanya 10 minit berjalan kaki dari rumah.



"Bagi mengelakkan saya berasa bosan dan rindu pada Malaysia saya banyak bercampur gaul dengan jiran-jiran selain melakukan aktiviti komuniti bersama mereka," katanya.

Sementara itu, Nur Fatimah berkata, biarpun bergelar suri rumah sepenuh masa namun dia masih aktif menulis lirik dan mencipta lagu pada waktu lapang.

"Saya masih aktif menyanyi selain mencipta lagu dan menulis lirik malah akan pulang ke Kuala Lumpur sekiranya ada undangan nyanyian," jelasnya yang baharu sahaja melancarkan single berjudul Mawar.

Sumber

Popular Posts