Media Kini Sentiasa Update !!

Monday, 20 July 2015

Fuhh Comelnya!!! Foto Lisa Surihani Semasa Kanak-Kanak


Lisa Surihani merupakan artis tanahair yang mempunyai ramai peminat.Memiliki raut wajah yang sentiasa comel mengikut pendapat kami walaupun bakal bergelar ibu.

Semasa kecil lagi memang Lisa seorang kanak-kanak yang comel.Lisa ada berkongsi gambarnya sewaktu berusia dua tahun bersama arwah ayahnya.Comelkan.


Sempena hari bapa,Lisa ada berkongsi perasaan rindunya kepada arwah ayahnya.al Fatehah untuk arwah.

Fuuhh!! Gaya Para Selebriti Sekitar Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Hari ini sudah masuk hari keempat kita semua umat Islam meraikan tibanya hari raya Aidilfitri dan seperti orang lain juga, anda pastinya mempunyai gaya tersendiri untuk tampil cantik dan tampan bergaya di pagi raya — dengar cerita ada orang sampai berpasang pasang baju raya dibeli.



Para selebriti juga tidak terkecuali pastinya untuk tampil dalam persalinan yang cantik dan terbaik untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga, saudara mara dan rakan rakan.

Jadi tidak salah rasanya untuk kami buat kompilasi gaya para selebriti pada Aidilfitri tahun ini untuk tatapan anda, mana tahu boleh jadi inspirasi untuk anda semua merancang baju raya pada tahun hadapan. Masih belum terlambat, selamat hari raya dari kami semua. Maaf zahir dan batin seikhlasnya. Jom lihat gambar selanjutnya di : (rtky/m)





Sedih Betul!!! Makcik ini Merangkak Tepi Jalan Di Malam Raya

DALAM pada kita bergembira di hari raya, terdapat insan malang di luar sana yang tidak dapat berasakan nikmat menyambut hari mulia ini dalam suasana meriah penuh tawa.

Sudah pasti setiap insan yang kurang bernasib baik ini ada kisah hidup tersendiri namun melihat kesusahan dialami mereka sepatutnya cukup untuk menginsafkan kita yang mempunyai keluarga sempurna supaya bersyukur dan pastikan ikatan darah tak terlerai.


Antara kisah sedih yang Mynewshub ingin kongsikan adalah dua gambar viral yang dimuatnaik di laman sosial melibatkan dua warga emas dalam keadaan yang menyedihkan.

Pertama, gambar yang dikongsikan pengguna Facebook Runner Jer tentang seorang pakcik yang ditemui sedang berjalan kaki untuk ke Pekan Lenggong, Perak yang jaraknya 20 kilometer.



“Tadi tgah bwak keta tgah haiwey.. Ternmpak ad sorang pkcik jln kaki sorang2.. Ak tergerak hati nk patah balik kat pkcik ni .. Ak undur balik keta aku.. Smpi je ak tnye salam pkcik nk kemana.. Katenye nk ke pekan.. Ak terkejut gak pekan 20 km .. Xkn nk jln kaki. Aku pelawa die naik keta ak. Terus berair air mata die.. Die ckp terima ksih nak.. Ak pulak yg nk ngis.. Terharu pulak.. Dlm keta borak2 skit.. Katenye die hidup sebtang kara. X de spe2 .. .. Sebak aku di buatnye…. Sampai 1 masjid die suh berhenti katenye disini rumah pkcik.. .. .. Kesianye.. Nk ajk pkcik ni mkn kedai tutup sbb hari raya.. hulur la skit ape yg ak ada.. . sape2 yg terjumpe pkcik ni sedekah la doa atau ape2 ye .. Lokasi lenggong perak.. Ya ALLAH permudahknlah perjalanan hidup pakcik ni..amin.. Selamat hari raya pakcik sya gerak dulu…”

Manakala satu lagi gambar, dikongsikan pengguna Facebook Syakilla Amira tentang pengalaman mengejutkan terjumpa seorang makcik sedang merangkak di tepi jalanraya sambil menggunakan kerusi untuk bergerak. Bila ditanya katanya nak ke rumah anak saudara. Sedihnya…


“Onderway balik kampong subuh nih,ternampak makcik ni tgh merangkak tolak kerusi tepi jln raya,kesiyan sgt tgok dia,dia bgtau nk g rumah ank sdare,hantar kan dia dlu..terpaksa la ptah balik,yang ade mak tu syg lah mak kome ea..Smbong perjalanan balik..”

Moral daripada perkongsian gambar ini, hargailah keluarga anda terutama ibu bapa dan saudara mara yang sudah tua kerana pada usia emas di mana kudrat tak lagi seberapa, hanya belas ihsan anak-anak termasuk anak buah yang dapat bantu menceriakan mereka menghabiskan sisa hayat yang ada.

Sumber

MENGEJUTKAN!!! Punca Sebenar Chef Wan Mengamuk Di Pagi Raya Hingga Memalukan Keluarga Sendiri

Kerana terlalu naik angin dan marah dengan sikap keluarga sendiri yang tidak menghormati dan tiada adab tetamu, chef wan telah memuat naik satu gambar yang menunjukkan keluarganya sedang nyeyak tidur walapun sudah pukul 9 pagi di hari raya.



Lebih memalukan apabila penggunaan perkataan dan bahasa kasar didalam kapsyen gambar tersebut menimbulkan tanda tanya pengikutnya, kerana ianya seolah-olah memalukan keluarga sendiri.

Pada pandangan kami, tidak seharusnya Chef Wan memuatnaik gambar mereka. Seolah-olah membuka aib dan menjatuhkan maruah mereka.



Sumber

Fuhh: 6 Waktu paling sesuai untuk suami isteri melakukan hubungan kelamin

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pastinya inginkan sesi intimasi yang memuaskan dan ada baik jika mengambil kira waktu yang sesuai untuk maksimakan waktu bersama kalian berdua. EH! selidik beberapa info mengenainya dan berkongsi untuk pengetahuan pasangan suami isteri.


Waktu pagi

Tubuh badan kita sangat digalakkan untuk melakukan hubungan seks sewaktu bangun pagi. Menurut pakar, bukan hanya tahap testosteron dan tenaga yang tinggi pada waktu pagi, tetapi tahap oksitoksin juga meningkat yang boleh membuatkan anda dan pasangan lebih mesra selain endorfin dapat menceriakan mood kalian seharian.

Selepas bersenam

Ambil sedikit kesempatan selepas selesai bersenam dan tambahkan sedikit mood ghairah dalam hubungan untuk melakukan seks. Pakar menemui teori bahawa peredaran darah pada bahagian kemaluan wanita setinggi 169% tinggi selepas bersenam. Ini kerana tubuh menghasilkan testosteron iaitu hormon seks, jadi secara semulajadinya keinginan seks itu hadir selepas sesi berpeluh.

Selepas melalui hari yang pahit

Anda ingin hilangkan stres seharian di pejabat? Hubungan seks adalah satu pilihan yang baik untuk menamatkan stres. Ini kerana ia terbukti bahawa apa sahaja pergerakan fizikal atau sentuhan kasih sayang dapat membantu dalam menstabilkan semula mood dan mengurangkan stres. Sesi intimasi bersama suami juga dikatakan dapat menghilangkan stres serta buatkan anda lebih berkeyakinan dan berani.

Sebelum pembentangan kertas kerja yang besar

Kajian mendapati bahawa seks dapat relakskan sistem saraf dalam tubuh badan, merendahkan tekanan darah yang tinggi, dan menghilangkan stres. Kajian juga mendapati mereka yang melakukan seks sebelum memulakan pembentangan kertas kerja adalah lebih berkeyakinan dan kurang stres.

Selepas melakukan atau melihat sesuatu yang menakutkan

Waktu yang paling baik untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan adalah selepas melakukan atau melihat sesuatu yang menakutkan seperti menonton filem seram. Ketika adrenalin memuncak, tubuh badan kita secara semulajadinya berada di tahap ghairah dan mood seks juga meningkat.

Ketika berasa kurang sihat

Ia kedengaran agak pelik, tetapi kajian mendapati bahawa seks dapat meningkat imunisasi sistem tubuh badan.

SUMBER ASAL

Mengejutkan!! Akibat terlalu makan mee maggi setiap hari, lihat hasilnya yang amat mengerikan.

Ini adalah kisah benar. Usus budak ini terpaksa dipotong sebanyak dua kali kerana makan mee maggi setiap hari.


Baca Kisah Sepenuhnya Disini : Kisahnya bermula apabila.. [ Baca penuh ]

BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI #InformasiKesihatan

#Mee Segera
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

#Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

#Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

#Panadol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.


Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.... smile emoticon

Sila like page Kisah Benar untuk membaca lebih banyak informasi menarik. -- Kredit Blog

Comel Betul: Video Dubsmash Kun Anta Neelofa Yang Sangat Cun !!

Setelah lagu bertajuk “Kun Anta” menjadi trending di laman sosial akhir-akhir ini, kini ramai yang cuba membuat video Dubsmash lagu ini. Terbaru, artis terkenal Neelofa juga turut membuat video Dubsmash lagu “Kun Anta”.

Dalam satu temubual, Humood Alkhudher iaitu penyanyi asal lagu “Kun Anta” berkata dia menyukai aksi Neelofa ketika membuat video Kun Anta. Katanya, dia mengenali Neelofa sejak menonton parodi di dalam kereta oleh aktres itu menerusi laman sosial, Instagram.


Ramai yang suka dengan lagu Kun Anta hingga menjadi viral dan tambah mengejutkan saya, ramai yang menonton dan ‘like’ video saya menyanyikannya di dalam kereta. “Sebenarnya, itu bukan pertama kali saya rakam video dari dalam kereta tetapi itu video saya dalam kereta yang pertama menjadi viral,”

Saya tidak banyak tahu tentang muzik Malaysia tapi saya kenal penyanyi seperti kumpulan Raihan, Rabbani dan Yuna. Saya ada dengar lagu-lagu mereka. “Saya juga tahu Neelofa tetapi belum pernah berjumpa lagi dengannya. Saya tahu namanya sejak saya tonton parodi video yang dilakukannya menerusi Instagram dan saya suka parodi itu.

Saya difahamkan akan ada satu sebuah program (MeleTop) dan saya akan berjumpanya (Neelofa) di sana nanti,” Lihatlah! Bukan sahaja “Gadis Melayu” yang histeria melihat video Kun Anta Pak Arab ini, tetapi Pak Arab ini juga bergetar tulang rusuk melihat video Kun Anta Neelofa.

 Tonton video Dubsmash lagu “Kun Anta” daripada Neelofa dibawah:

Popular Posts