Media Kini Sentiasa Update !!

Tuesday, 8 December 2015

SAYU !!! Sedihnya Ya Allah. Nukilan Bonda Almarhum Tunku Jalil Untuk Anaknya Ini Buat Kami Menangis..

Pemergian Tunku Abdul Jalil amat dirasai oleh rakyat Malaysia. Sikapnya yang merendah diri disanjung sehingga digelar putera berjiwa rakyat.


Jika kita yang tidak pernah bersua muka dengannya ini pun terasa kesedihan atas kemangkatannya, apatahlagi ibu kandungnya Raja Zarith Sofiah yang meluahkan perasaan sedih menerusi laman Facebook sebentar tadi.

A letter to my son, Jalil..

Mama tahu, satu satunya sebab Lil pergi kehospital adalah kerana Lil menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah : Lil telah terlalu kerap ke hospital. Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil disana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.

Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.

Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis.

Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil diatas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata “Jangan menangis, Lil tidak apa apa.”

Dimana anak mama yang lagi seorang?

Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama. Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri disisi Mama. Mama memandang kearah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo disisi Mama.

Anak lelaki Mama lima orang. Dimana anak mama yang lagi seorang? Dan Mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada dibawah timbunan tanah itu.

Dan pada ketika itu, Mama menadah kedua tangan mama dan berbisik, “Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku.”

Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh.




JOM LIHAT: 6 Foto terbaru Vieshatie bekas isteri Eizlan Yusof yang tampil amat mengancam bertudung.

Subhanallah… nampaknya penampilan terkini Vie Shantie, bekasisteri Eizlan Yusof semakin cantik dan menawan sehingga membuatkan ramai netizen di laman sosial terkejut dan terkagum.

Kebanyakkan komen dari netizen berbaur pujian melambung dan tidak menyangka kecantikan Datin Vie Shantie bagaikan bidadari yang turun dari kayangan.


Kami memang bersetuju dengan komen-komen mereka. Korang pulak macam mana? Nah… Jom tengok 6 foto terbaru wajah paling terkini Vie Shantie yang amat mengancam bertudung.






Al-Fatihah... “My Brother, My Hero” – Tunku Idris..

Kata-kata Tunku Idris buat Tunku Abdul Jalil | Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Johor menerima berita yang mendukacitakan iaitu berita pemergian YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor.


Perkara tersebut disahkan oleh Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman (TPJ) dengan memuat naik gambarnya bersama Tunku Jalil dengan kapsyen “Al-Fatihah”.

Turut melaporkan pengkhabaran yang sama, akaun Facebook Tunku Azizah Aminah Sultan Iskandar – Abdullah.


Pengkhabaran menyedihkan itu turut dikongsi akaun instagram Tunku Idris Sultan Ibrahim yang memuat naik gambar yang menyentuh hati dengan bertajuk “My Brother, My Hero” bersama kapsyen “Love and miss you…always and forever.


Rata-rata rakyat merasa terkejut dengan kemangkatan Tunku Abdul Jalil.



Almarhum Tunku Jalil yang terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan begitu dekat dengan rakyat didiagnosis menghidap kanser 20 Ogos tahun lalu.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga tenang di sana..


Sumber

AKHIRNYA!!! Tunku Aminah Kongsi Rahsia Kekayaan Kerabat Diraja Johor..

Rahsia Kekayaan Kerabat Diraja Johor Didedah Tunku Aminah | Puteri tunggal bagi Sultan Johor, Tunku Aminah telah berkongsi gambar dirinya yang sedang menikmati minuman Starbucks bersama abangnya iaitu Tunku Idris.


Namun, gambar itu menerima komen yang tidak bersesuaian dengan gambar apabila seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama Dragonsle mengeluarkan komen yang mempertikaikan harta kekayaan kerabat diraja Johor


Kenyataan itu jelas mempertikai dan mencabar Tunku Aminah sehingga terdapat beberapa rakyat Johor yang turut memperjelas bagaimana sebenarnya kerabat Diraja Johor mendapat wang yang jelasnya langsung tidak bergantung kepada elaun kerajaan.

Malah, elaun kerajaan itu mereka salurkan kepada yang lebih memerlukan. Kerabat Diraja Johor juga dikatakan memiliki perniagaan dan bisnes sendiri.


Tunku Aminah akhirnya membalas segala persoalan dan pertikaian yang ditimbulkan dan turut menceritakan dari mana sumber pendapatannya dan apa sebenarnya sumbangannya kepada rakyat Johor. Kenyataannya itu disokong kuat oleh Tunku Idris.






Monday, 7 December 2015

Al-fatihah !!!! Awan Pelik Sewaktu Jenazah Tunku Abdul Jalil Disemadikan...


Pemandangan dari Aprt PDRM Bkt Chagar JB... Waktu dalam lingkungan 1330 - 1440hrs, langit JB menangis dari kejauhan nampak satu kelompok awan yang cerah... di situ adalah Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di mana tempat jenazah Tunku Abdul Jalil disemadikan... Subhanallah Maha Besar Allah...

#TunkuAbdulJalil
#Alfatihah


Sumber

SAYU !!! “Wasiat Buat Tauke” Ini Bakal Buat Kita MENANGIS...

Sayu.. “Wasiat Buat Tauke” Ini Bakal Buat Kita MENANGIS !!!


Terima Kasih Saudara Sharimi Shaharudin di atas nukilan ini…. :(

Puisi Yang Bertajuk “Wasiat Buat Tauke” Ini Bakal Buat Kita MENANGIS !!!.. Puisi ini nukilan seorang lelaki yang bernama Sharimi Shaharudin ditujukan khas buat Tauke Jambu yang masih lagi bersedih di atas pemergian Pak Yus…. Kita Sebagai Peminat juga pasti tersentuh dengan puisi yang dinukilkan ini….Terima kasih saudara di atas nukilan Puisi ini…






Pasti Anda Tak Tahu !!!! Biodata YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.. Al - Fatihah.

Biodata Profil YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail


Maybe ramai tak kenal lagi dengan beliau, maka hari ini I olls nak perkenalkan seorang ahli kerabat diraja Johor, Y.A.M Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail. Orangnya tinggi lampai, badan agak kurus, tapi muka beliau sangat handsome. Kalau tak salah, sejak dahulu lagi, empayar kerajaan Johor yang hebat telah menjalinkan banyak hubungan diplomatik dengan kerajaan Belanda dan British untuk tujuan perlindungan, perdangan dan sebagainya. Dan disebabkan itu, ramai putera-putera Johor yang bernikah dengan puteri dan golongan bangsawan daripada dua kerajaan Barat ini. Sebab itulah lani cucu cicit depa semua hemsem memsem

Tunku Jalil ialah adinda kepada Tunku Ismail Idris. Beliau ialah anakanda ke empat daripada 6 adik beradik kepada ayahandanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dengan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia.


Laporan Harian Metro mengenai Tunku Jalil

Kuala Lumpur: “Saya dalam peringkat mengenali hati budi seorang gadis berhijab,” kata Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim, 24, sekali gus menafikan dakwaan seorang selebriti yang mengaku mempunyai hubungan rapat dengannya

Sebelum ini, anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pernah dikaitkan dengan artis kelahiran program realiti televisyen seperti dicanang wanita berkenaan kepada media, awal tahun ini.

“Sekiranya saya ingin memilih pasangan hidup, wanita itu perlu memiliki ciri-ciri istimewa terutama menghormati ibu bapa dan perlu memahami diri saya.

“Mengenai gadis berkenaan, dia kini berada di luar negara kerana bekerja di sana,” katanya enggan mengulas lanjut mengenai maklumat terperinci mengenai gadis berkenaan dalam satu kenyataannya kepada Metro Ahad.


Menyifatkan dakwaan itu sekadar gosip murahan, Tunku Abdul Jalil berkata, beliau tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana artis wanita tempatan sebelum ini.

Disoal penerimaannya mengenai dakwaan itu, beliau tidak terlalu memikirkannya kerana menganggap cerita palsu, namun tidak menafikan ia menjejaskan nama kerabat diraja Johor.

“Meskipun tidak hairan dengan perbuatan itu, saya tidak mahu rakyat salah faham dan salah anggap terhadap saya, sedangkan ia tidak benar,” katanya yang enggan dikaitkan dengan mana-mana selebriti.


Bertanggungjawab sebagai penganjur konsert amal Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Persada Johor, 15 Jun nanti, beliau berkata, segala persiapan berjalan lancar.

Malah, beliau turut menyasarkan kedatangan 2,000 penonton bagi konsert yang menampilkan Anuar Zain, Ziana Zain, Amy Search, Adira, Najwa Latiff, Nash, Nomad dan Azlee Nomad

Konsert diadakan bertujuan mengutip sumbangan daripada orang awam menerusi penjualan tiket dan koleksi peribadi bagi menampung perbelanjaan aktiviti kebajikan Persatuan Keluarga Polis Kontinjen Johor (PERKEP)


Sumber

Popular Posts