Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, lelaki terbabit yang memandu kereta Honda Civic berhenti di stesen minyak berkenaan dan ke kaunter meminta mengisi petrol RON97.
Malangnya, suspek melarikan diri sebaik selesai mengisi petrol berjumlah RM78.93.
“Pekerja pam yang terkejut melihat tindakan suspek cuba mengejarnya dengan menunggang motosikal melalui Jalan Lukut menghala ke Seremban.
“Suspek yang menyedari diekori memecut laju menyebabkan pekerja terbabit gagal mengekori sebaik memasuki Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH).
“Pekerja pam itu berjaya mencatat nombor plat kenderaan suspek dan memaklumkan kejadian kepada majikannya sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Lukut untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kejadian itu dikatakan berjaya dirakam pekerja terbabit sebelum dimuat naik ke laman sosial Facebook dan menjadi viral.
Metro Ahad mendapati, video berkenaan sudah ditonton lebih 9,000 pengguna Facebook dan dikongsi lebih 3,000 pengguna sehingga petang semalam, malah turut mendapat kritikan dan ada yang mempersoalkan tindakan juruwang stesen minyak itu yang membenarkan petrol diisi tanpa memberikan sejumlah wang terlebih dulu.
Sumber
0 comments:
Post a Comment