Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 24, berkata, baki pendapatannya yang hanya tinggal RM900 selepas ditolak pelbagai komitmen lain setiap bulan menyebabkan dia tidak dapat memenuhi kehendak isterinya yang mahu barangan kemas.
“Tanpa memikirkan pendapatan saya yang hanya cukup untuk keperluan harian, dia kerap meminta barangan kemas seperti gelang dan rantai yang berharga ribuan ringgit.
Disebabkan saya gagal memenuhi kehendaknya, dia buat perangai dan kami mula bertengkar,” katanya yang ditemui selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada Perunding Motivasi dan Kaunselor Berdaftar Hushim Salleh, di sini, semalam.
Amin berkata, perangai isterinya berubah selepas dia mendapat pekerjaan dengan gaji lebih tinggi daripadanya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment