Media Kini Sentiasa Update !!

Friday 24 July 2015

Didakwa bunuh anak pagi Aidilfitri

Kajang : Seorang suri rumah berusia 26 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi, atas pertuduhan membunuh anak perempuannya berusia tiga tahun di rumah di Flat Sri Inang, Jalan Sri Inang, Balakong, pada pagi Aidilfitri lalu.


Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh Nor Nazierah Rahmat apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad.

Wanita yang memakai tudung coklat itu dilihat menangis sepanjang prosiding berlangsung.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Nur Umairah Zainol Abdullah antara 11 pagi, 17 Julai hingga 5 pagi 18 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts