Wanita Irish yang melahirkan anak sulung ketika berusia 14 tahun itu mendapat tahu bahawa anak perempuannya yang kini berusia 15 tahun itu hamil selepas dia memuat naik status di laman sosial mengenai berita itu.
Pengumuman yang dimuat naik di laman sosial itu pada bulan lalu melihat dia sangat teruja memberitahu rakan-rakannya yang dia tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya itu.
Teman lelakinya yang dipercayai berusia 17 tahun itu juga turut berkongsi berita gembira itu di laman sosialnya.
Memberi komen di bawah gambar ‘scan‘ anak mereka, lelaki itu menyatakan dia mengharapkan bayi lelaki namun teman wanitanya tidak kisah, apa yang penting bayi pasangan remaja itu sihat.
Pihak Sunday Life cuba mendapatkan informasi lebih daripada mereka minggu lalu telah berjumpa dengan bakal nenek yang berusia 29 itu namun wanita berkenaan tidak mahu memberi apa-apa komen mengenainya. -Sumber
0 comments:
Post a Comment