Media Kini Sentiasa Update !!

Saturday 25 July 2015

FuHH!!! Gambar Kapten Jack Sparrow Tarik Beca Di India Jadi Viral

SIAPA yang tidak kenal dengan watak popular Kapten Jack Sparrow lakonan Johny Depp dalam filem Pirates Of The Carribean.

Watak hebat Kapten lanun yang dibawa pelakon Hollywood itu ternyata memberi kesan yang mendalam kepada peminat kerana ciri-ciri jenaka yang ditampilkan dalam filem bersiri itu.




Namun apa yang lebih kelakarnya, seorang wanita di India telah memuat naik sebuah gambar seorang lelaki yang menyerupai watak Kapten Jack Sparrow tetapi kini sebagai penarik beca!

Gambar itu mula viral di laman media sosial kerana rata-rata pengguna laman itu mendapati gambar tersebut sangat lawak.



Ramai di antara mereka ‘mengejek’ watak tersebut yang dahulunya gah di pentas lautan namun kini hanya menjadi Kapten penarik beca!

Walaubagaimanapun, apa sahaja gurauan dan jenaka yang dibuat netizen seharusnya tidak diambil serius dan diharapkan tiada pihak yang terkesan atau kecil hati dengan gurauan yang dibuat mereka itu.



– Agensi/MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts