Terbaharu, seorang individu pemurah dikatakan mahu memberikan kereta terpakai jenis Proton Satria yang masih berada dalam kondisi yang baik kepada lelaki itu untuk keselesaan anak-anaknya.
Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang mengagumi usaha serta niat murni rakyat Malaysia yang saling membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Selain itu, ada lagi beberapa individu yang dikatakan mahu membantu lelaki ini dengan memberikan kereta lama mereka yang tidak lagi dipakai semata-mata untuk memudahkan perjalanan mereka sekeluarga selesa dan selamat di hari raya yang akan datang.
Sememangnya rezeki Tuhan harus diagih-agihkan kepada yang lebih memerlukan, semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lebih bermakna kepada mereka sekeluarga.
Syabas kepada orang ramai, ini membuktikan rakyat Malaysia masih peka dan prihatin dengan golongan yang memerlukan.
Sumber
0 comments:
Post a Comment