Kata-kata itu dihamburkan kepada mereka yang terlibat dalam kumpulan mat rempit yang ditahan pihak berkuasa dalam operasi khusus terhadap samseng jalanan di kawasan lampu isyarat Paya Resak, Padang Midin antara jam 3 pagi dan 7 pagi Isnin lalu.
“Kami anak beranak memang terganggu dengan aktiviti mereka tetapi semua sudah tahu dan saya rasa polis pun tahu hal ini, bukan malam raya sahaja mereka buat kerja ni (berlumba) malah setiap malam hujung minggu pun ada di sini.
“Lapor pun sama juga, esok-esok dia buat balik… budak-budak ni pandai, bila polis ronda mereka lari merata masuk kampung, bila polis tak ada dia keluar semula ramai-ramai… dah kena macam ni harapnya lepas ni tak ada lah,” katanya dengan nada.
Manakala bagi Din, 37, pula berkata, sejak menyewa di tepi jalan utama kampung berkenaan, masalah mat rempit ibarat menjadi hiburan buat anak muda di kawasan berhampiran malah ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu tengok aksi mereka.
“Kadang-kadang geram juga dengan mereka ini semua, tapi itulah siapa kita nak larang, lagipun mereka bukan dengar kata penduduk kampung kat sini. Dah macam-macam usaha kami buat, tapi mereka tak peduli pun.
“Baguslah kalau polis dapat tahan mereka ini, sekurang-kurangnya jadi pengajaran kepada mereka yang lain untuk datang sini lagi nak berlumba. Kami dah muak dengan perangai mereka yang tak reti nak bertimbang rasa terutama kepada keluarga yang ada anak kecil dan
sebagainya… asal lewat malam sahaja akan ada lah mereka tunjuk kehebatan masing-masing,” katanya.
Dalam masa sama, Pengerusi JKKK, Razali Shahul Hamid mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota yang terlibat kerana membanteras masalah itu yang sudah lama berlaku.
Sumber
0 comments:
Post a Comment