Kuantan: “Saya percaya ini adalah ujian daripada Allah. Alhamdulillah, saya sudah boleh terima kenyataan,” kata Mohamad Afendy Abdul Aziz, 31, yang kehilangan isteri dan anak bongsunya dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, di sini, kelmarin.
Isterinya, Che Nor Hasanah Che Kamaruddin, 28, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di sini, meninggal dunia jam 12.21 tengah malam semalam ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Sebelum itu, anak bongsunya yang berusia tujuh bulan, Muhammad Fateh yang berusia tujuh bulan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi, kelmarin, kira-kira sejam selepas menerima rawatan di hospital sama.
Mohamad Afendy mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menghantar ahli keluarganya bagi mendapatkan rawatan segera di hospital selepas kemalangan itu.
Sumber
0 comments:
Post a Comment