Berusia 24 tahun, Vanessa Tevi Kumares dilahirkan di Kuala Lumpur dan membesar di Seremban. Vanessa juga adalah bekas pelajar Taylor University dan merupakan graduan ‘Degree in Tourism Management’ di Britain.
Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, English dan Cina juga memahami bahasa Tamil dan Kantonis. Vanessa juga telah dilantik menjadi Thalassemia Ambassador 2015 untuk Negeri Sembilan Malaysian Medical Association (MMA).
Vanessa yang dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2015 pada 18 April 2015 yang lalu bakal mewakili Malaysia di ’64th Miss Universe Beauty Pageant’ di Las Vegas, Nevada.
Vanessa berketinggian 170 cm ( 5 kaki 7 inci) dengan berat 58kg ini berdarah kacukan Cina dan India. Patutlah cun!
Cantik bukan sebarang cantik ya. Vanessa juga boleh dikatakan seorang gadis yang lasak sebab pernah buat skydiving di Byron Bay Australia, bunjee-jump di Britain, mendaki Gunung Kinabalu! Wah!
Sumber
0 comments:
Post a Comment