Namun dalam kelompok kecil itu, nama Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail adalah antara yang mekar dan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.
Almarhum Tunku Abdul Jalil sewaktu hayatnya dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Sifat peramah membuatkan sesiapa sahaja senang mendampingi baginda.
Seorang yang bersifat rendah diri
Seorang yang kuat dan tabah
Menyayangi haiwan
Ia juga menunjukkan bahawa baginda amat menyayangi haiwan. Ia jelas dengan jumlah gambar yang sering dimuat naik oleh Almarhum sewaktu hayat baginda di laman Instagramnya.
Tidak kisah liar atau jinak, Almarhum suka bergambar dengan haiwan sewaktu hayatnya.
Melakukan kerja-kerja amal
Selepas disahkan mengidap barah hati, Almarhum telah menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan utuk membantu pesakit kanser di negara ini.
Selain itu, baginda juga telah melibatkan diri dalam beberapa kerja amal serta sering melawat pesakit-pesakit di hospital Johor untuk memberi kata-kata semangat dan membantu mereka.
Putera yang suka berjenaka
Paling mencuit hati ialah rakaman video Almarhum mengejutkan seorang jururawat ketika baginda dimasukkan ke hospital.
Baginda juga suka mengusik kekandaa baginda, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan memuat naik rakaman video perbuatan lucunya di media sosial tanpa pengetahuan Tunku Aminah.
Almarhum Tunku Abdul Jalil yang diputerakan pada 5 Julai 1990, merupakan anakanda keempat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.
Almarhum mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akibar kanser hati.
Sumber
0 comments:
Post a Comment