Pening juga, nak buat macam-macam untuk kuruskan badan. Sebelum itu, kenalah tahu kenapa wanita senang menjadi gemuk selepas berkahwin?
Lelaki walaupun makan banyak tapi pergerakan mereka lebih cepat dan banyak, oleh itu melambatkan mereka naik berat badan berbanding wanita.
Selain itu, selepas berkahwin wanita selalu gagal berdiet kerana terpaksa menemani suaminya makan. Iyalah, tak sampai hati biarkan si dia berseorang. Bukan begitu?
2. Persiapan perkahwinan
Sibuk dengan persiapan untuk perkahwinan boleh menyebabkan wanita kurang makan, kurang waktu tidur dan sebagainya. Hasilnya, badan lebih kurus dan langsing berbanding waktu bahagia selepas berkahwin.
3. Waktu di dapur
Ini memang faktor utama. Bila sudah berkahwin, kaum wanita banyak menghabiskan masa di dapur. Risiko untuk makan lebih banyak pun menjadi tinggi. Jadi, kena kurangkan makan-makan curi ketika memasak ya. - CARI Infonet
0 comments:
Post a Comment