Media Kini Sentiasa Update !!

Wednesday 30 December 2015

JOM LIHAT !! Wajah Terkini Nik Adruce Pelakon Filem Tentang Bulan, Dulu Gemuk Je, Sekarang Memang Lain !



Anda mungkin mengenali pelakon cilik ini jika anda pernah menonton filem arahan Ahmad Idham yang bertajuk “Tentang Bulan”. Tentang Bulan adalah sebuah filem terbitan Metrowealth ke-20 dengan arahan oleh Ahmad Idham. Sebuah filem Komedi bertemakan Kanak-kanak dan kekeluargaan ini mula ditayangkan pada 21 Disember 2006.


Filem Tentang Bulan berkisarkan persahabatan antara lima sahabat sekampung, Asmawi, Bulat, Ketot, Budi dan Illa tergugat dengan ketibaan Zurina dari kota.Senario dan aktiviti riadah yang dilakukan oleh kelima-lima sahabat ini mampu menggamit memori silam para penonton yang pasti akan terkenang zaman kanak-kanak mereka.


Sudah sembilan tahun masa berlalu. Masihkah anda mengingati pelakon “gemuk” iaitu Nik Adruce in? Berbadan tembam dan telatah lucunya mampu mencuit hati penonton. Wajah terbarunya ini betul-betul memeranjatkan kami.


BIODATA NIK ADRUCE (BULAT)
● Nama Penuh – Nik Muhammad Farith Adruce Bin Nik Adelin
● Tarikh Lahir – 30 September 1994
● Asal – Bangsar, Kuala Lumpur
● Umur – 21 Tahun
● Agama – Islam
● Keluarga – Adruce merupakan anak tunggal pasangan Nik Von Adelin Nik Ismail dan Lezamaheran Abdul Ali
● Hubungan – Sepupu kepada pelakon cilik, Fimie Don
● Pendidikan – Sekolah Kebangsaan SS19 Subang Jaya, Selangor
● Kerjaya – Pelakon dan Pengacara
● Filem – Tipah Tertipu, Remp-It, Tentang Bulan sebagai Bulat & Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib
● Drama – Pasca Merdeka, Anak-anak Ramadhan, Disney Waktu Rehat, Tan dan Tun & Misi Yaya

SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts