Media Kini Sentiasa Update !!

Saturday 6 February 2016

JOM LIHAT :Koleksi Foto Menarik Dan Tersangat Comel Putri Aleesya [ 7 GAMBAR ]

Anak merupakan anugerah Allah kepada para  Ibu-Bapa, setiap ibu-bapa pasti gembira bila menerima kehadiran cahaya mata. Walaupun perit kerana terlalu sakit ketika melahirkannya namun Allah bagi rasa gembira bila melihat wajah Si anak menyebabkan rasa sakit hilang seketika.


Situasi ini juga berlaku kepada pelakon drama bersiri Love You Mr Arrogant, Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, selamat melahirkan anak sulungnya, Putri Aleesya pada tanggal 29 Disember tahun lalu.

Dilahirkan secara normal dengan berat 3.5 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, bayi perempuan itu merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup antara Hanez dan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais.

Menerusi laman Instagram milik Hanez, aktres tersebut sering berkongsi gambar puteri sulungnya itu. Foto comel Putri Aleesya seringkali mendapat perhatian di kalangan pengikut Instagram Hanez.

Memasuki usia satu bulan setengah, ramai yang memuji kecomelan anak Hanez yang putih melepak. Ada juga yang geram melihat pipi gebu Putri Aleesya yang sangat comel.

Semoga dengan adanya Putri Aleesya dapat mengukuhkan lagi ikatam kasih sayang antara mereka berdua.








Disini OHmelodi kongsikan foto cute anak hanez Romie. Jom kita lihat koleksi foto comel Putri Aleesya, ihsan laman Instagram @hanezsuraya:

SUMBER: http://www.ohmelodi.com/2016/02/7-gambar-koleksi-foto-menarik-dan.html?m=1

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts