Media Kini Sentiasa Update !!

Wednesday, 9 December 2015

Gambar dan Video...Pendedahan Mengejutkan Jururawat yang Disakat Tunku Jalil

Jururawat yang Disakat Tunku Abdul Jalil Kongsi Detik Terakhir Menjaga Tunku Ketika Sakit | Video memaparkan telatah Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim bergurau dengan seorang jururawat Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hingga menjadi viral pasti masih segar dalam ingatan semua.


Video berdurasi 0.36 saat itu memaparkan gelagat Allahyarham menyergah jururawat senior wad berkenaan, Selmi Hamdan, 60, sehingga kini telah ditonton lebih 150,000 orang di laman sosial YouTube.

Menceritakan pengalaman menjaga Allahyarham ketika dirawat di wad berkenaan, Selmi berkata, Tunku Abdul Jalil merupakan seorang anak raja yang berjiwa rakyat serta memiliki keperibadian yang sangat baik.


“Kesemua jururawat dan staf di wad diraja ini amat sayangkan Allahyarham kerana sikapnya yang sentiasa menghormati kami seperti ahli keluarganya sendiri.

“Sebab itu kami semua amat bersedih apabila mendapat berita tentang kemangkatan Allahyarham semalam. Saya pada mulanya tidak dapat menerima hakikat namun akhirnya reda kerana percaya Allah SWT lebih sayangkan Allahyarham,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selmi yang sudah bersara sejak Mac lalu berkata, dia banyak menyimpan kenangan ketika merawat Allahyarham dan antaranya yang tidak boleh dilupakan adalah telatah Allahyarham yang gemar menyakatnya.

Menurutnya, kira-kira dua minggu sebelum Allahyarham menjalani pembedahan di hospital swasta di China pada penghujung tahun lalu, dia sering mengusik dan mengejutkannya bila berpeluang berbuat demikian.

“Sebab itu bila dikenang semula saat itu hati saya menjadi sebak kerana saya amat menyayanginya Allahyarham macam anak saya sendiri,” katanya.

Ujar Selmi, dia mengetahui berita kemangkatan Tunku Abdul Jalil daripada anak sulungnya namun tidak berpeluang menghadiri istiadat pemakaman Allahyarham kerana menjaga anak keempatnya yang menjalani pembedahan lutut.

            


Sumber

WAJIB BACA!!! Mata Berkulat Dan Bernanah Akibat Amal Perkara Ini..

Mata Berkulat Dan Bernanah Akibat Amal Perkara Ini|Mungkin tidak sedikit Rakyat malaysia yang gemar memakai Contact Lens karena tidak mahu memakai spek mata,kenapa? karena memakai Contact Lens nampak lebih trend dan cantik dengan warna warni Contact Lens yang sedia ada.


Bagi anda pengguna Contact Lens sila baca pesanan Marisa Edora Pada pengguna Contact Lens

"Memandangkan banyak permintaan suruh saya share pengalaman kena ulser kornea mata ni baru sekarang saya ready nak share ..

"Dari bulan jun saya dah sakit mata beberapa kali jugak la ke hospital ke klinik tapi still jugak dorang cakap takde apa2 sampai la lepas raya tu saya langsung x boleh kena cahaya matahari silau yg amat sangat macam kena cucuk .

Mata merah , bengkak dan berair . Sakit hanya Tuhan tau . Bergegas pergi hospital yangg ni terus hantar pakar dorang detect yg mata saya sangat teruk ada ulat kecil , bakteria , nanah , kulat n bermacam bagai jenis kuman la membiak kat dalam tu .

Gambar yg lain saya x nak tunjuk nanti korang x selera makan . Hehehe ... Yg paling sedih dorang cakap 50/50 nak pulih sebab dah timbul putih hampir keseluruhan kat mata hitam .


Saya memang x nampak apa2 pun masa tu . Gelap gelita . X tau nak bayangkan perasaan masa tu . Dua minggu jugak la admit . Asalnya saya memang kerap pakai lens . Saya rabun jauh x nak pakai spek . Degil sangat kan dah kena . Sakit tangkap urat kepala sampai bengkak . Memang x lena tidur .

Sakit teramat sangat . Sekarang saya dah pulih cuma penglihatan yg kanan agak teruk degree biasa sebelum kena ulser 300 sekarang naik 600 silau 350 . Tebalnya degree ! So ... anda pilih cermin mata @ lens ? Pikir la sendiri ! Huhuhu ... terima kasih x terhingga pada ayah , my stepmom "


Sumber

Fuh!!! Wanita Berani Mati Tanya Soalan Panas Dengan Selamber Tunku Aminah Jawab...

Puteri tunggal bagi Sultan Johor, Tunku Aminah telah berkongsi gambar dirinya yang sedang menikmati minuman Starbucks bersama abangnya iaitu Tunku Idris.


Namun, gambar itu menerima komen yang tidak bersesuaian dengan gambar apabila seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama Dragonsle mengeluarkan komen yang mempertikaikan harta kekayaan kerabat diraja Johor.

Kenyataan itu jelas mempertikai dan mencabar Tunku Aminah sehingga terdapat beberapa rakyat Johor yang turut memperjelas bagaimana sebenarnya kerabat Diraja Johor mendapat wang yang jelasnya langsung tidak bergantung kepada elaun kerajaan.

Malah, elaun kerajaan itu mereka salurkan kepada yang lebih memerlukan. Kerabat Diraja Johor juga dikatakan memiliki perniagaan dan bisnes sendiri.

Tunku Aminah akhirnya membalas segala persoalan dan pertikaian yang ditimbulkan dan turut menceritakan dari mana sumber pendapatannya dan apa sebenarnya sumbangannya kepada rakyat Johor. Kenyataannya itu disokong kuat oleh Tunku Idris.









Tuesday, 8 December 2015

PELIK GILER !!! Satu Penemuan Baru Yang Pasti Mengejutkan Semua Orang..

Satu kejutan yang belum pernah tejadi di mana-mana menjadikan ianya satu fenomena baru dalam dunia pergigian, setelah seorang lelaki taiwan pergi menemui doktor gigi mengadu gigi grahamnya sakit, dan perlu di cabut.


Tetapi apa yang amat  mengejutkan berlaku apabila doktor gigi tersebut menunjukkan sesuatu yang belum pernah terjadi, mereka menemukan tunas pokok jambu mulai tumbuh dari rongga di gigi tersebut.

Kerana malu, lelaki tersebut dengan cepat meninggalkan klinik untuk menghindari dicop sebagai orang aneh. Doktor gigi kemudiannya mengambil gambar keadaan gigi tersebut yang menunjukkan tunas pokok yang baru tumbuh, bagi orang ramai dapat menyaksikan penemuan yang sangat aneh dan jarang ini.


Sumber

Jom Lihat 6 sebab kenapa Almarhum Tunku Abdul Jalil disegani ramai...

KUALA LUMPUR: Tidak ramai sebenarnya di kalangan kerabat diraja di negara ini yang mampu berada dekat di hati rakyat.

Namun dalam kelompok kecil itu, nama Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail adalah antara yang mekar dan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.


Justeru tidak hairanlah, pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil pada malam Sabtu lalu ditangisi ramai.

Berikut adalah 6 perkara mengapa Almarhum Tunku Abdul Jalil disegani ramai;


Putera berjiwa rakyat

Almarhum Tunku Abdul Jalil sewaktu hayatnya dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Sifat peramah membuatkan sesiapa sahaja senang mendampingi baginda.


Seorang yang bersifat rendah diri


Mengetepikan darjat keluarga diraja, Almarhum Tunku Jalil sering menunjukkan keselesaan untuk tampil sebagai seorang rakyat biasa seperti menaiki kereta api, makan di gerai tepi jalan dan bersantai di tepi pantai.

Seorang yang kuat dan tabah


Walaupun disahkan menghidap kanser hati, tahap empat tahun lepas, senyuman manis Almarhum sering terukir di wajahnya. Kesakitan yang dihadapi tidak pernah ditunjukkan, di sebaliknya baginda telah menjalani kehidupan seperti mereka yang sihat dan kuat.

Menyayangi haiwan



Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan, Almarhum pernah berkerja sebagai seorang penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.

Ia juga menunjukkan bahawa baginda amat menyayangi haiwan. Ia jelas dengan jumlah gambar yang sering dimuat naik oleh Almarhum sewaktu hayat baginda di laman Instagramnya.

Tidak kisah liar atau jinak, Almarhum suka bergambar dengan haiwan sewaktu hayatnya.

Melakukan kerja-kerja amal

Selepas disahkan mengidap barah hati, Almarhum telah menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan utuk membantu  pesakit kanser di negara ini.

Selain itu, baginda juga telah melibatkan diri dalam beberapa kerja amal serta sering melawat pesakit-pesakit di hospital Johor untuk memberi kata-kata semangat dan membantu mereka.


Putera yang suka berjenaka


Siapa yang tidak suka dengan putera yang suka berjenaka seperti Tunku Abdul Jalil. Sewaktu hayatnya, baginda sering menjadi perhatian rakyat Malaysia di media sosial dengan aksi-aksi lucu baginda.
Paling mencuit hati ialah rakaman video Almarhum mengejutkan seorang jururawat ketika baginda dimasukkan ke hospital.

Baginda juga suka mengusik kekandaa baginda, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan memuat naik rakaman video perbuatan lucunya di media sosial tanpa pengetahuan Tunku Aminah.

Almarhum Tunku Abdul Jalil yang diputerakan pada 5 Julai 1990, merupakan anakanda keempat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Almarhum mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akibar kanser hati.


Sumber

SAYU SANGAT.."Saya mungkin di hospital bila awak datang," pesan akhir Tunku Jalil buat Faizdickie

KUALA LUMPUR : Personaliti tanah air, Faizdickie atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 27, turut meratapi pemergian Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat sabtu.


Menerusi laman Instagramnya, Faizdickie menyatakan rasa kesal kerana tidak sempat meluangkan masa untuk melawat Almarhum Tunku Jalil ketika kesihatannya semakin tenat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

“Jangan tunggu. Itu sahaja nasihat abang. Jangan tunggu. Kalau ada sesiapa yang patut anda jumpa, pergilah. You will never know,” tulis Faizdickie sambil memuat naik sekeping gambar perbualan WhatsAppnya dengan Almarhum, dua minggu lalu.

Menurut Faizdickie, dia sepatutnya menziarahi Almarhum di hospital, dua minggu lepas ketika menghantar anak buahnya ke Segamat, Johor Bahru.

Tetapi, oleh kerana kesuntukkan masa, Faizdickie tidak sempat untuk menziarahi Almarhum pada masa itu.

Tambah Faizdickie, Almarhum juga merupakan seorang insan yang kuat dan tabah kerana apabila setiap kali bertanya mengenai kesihatannya, Almarhum akan berkata, ‘still surviving’.

Namun, pada 17 November lalu, apabila Faizdickie bertanya khabar menerusi Whatsapp, Almarhum menyatakan bahawa keadaannya semakin tenat.

“Saya amat sedih dengan berita pemergiannya. Ralat sungguh hati abang. Dua minggu lepas saya sepatutnya melawat  baginda selepas mengetahui bahawa Tunku sakit. Sebelum ni, setiap kali abang tanya pasal kesihatan Tunku, Tunku akan jawab 'still surviving'. Tunku memang seorang insan yang kuat dan tabah.

“Tapi, pada hari itu bila abang tanya, dia cakap dia tenat. Jadi, abang rancang hendak melawat dia masa hantar anak buah abang ke Segamat.

“Tetapi malangnya, abang kesuntukan masa pada masa itu. Jadi, abang tidak sempat pergi melawat.

“Membaca ayat terakhir di WhatsApp itu benar-benar menyedihkan saya. Tunku, anda berada di tempat yang lebih baik sekarang. Berehatlah Tunku Jalil," tulis Faizdickie di laman Instagramnya.

Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati.


Sumber

Perghhhh!!!! Ditampar Peminat Kerana Berpakaian S3ksi..

Mumbai: Bintang Bollywood Gauahar Khan ditempeleng oleh seorang penonton yang berang kerana fesyen pakaiannya yang memberahikan ketika satu rakaman pertandingan televisyen.


Penonton berkenaan, Akil Malik, 24, menaiki pentas lalu menempeleng selebriti itu selepas melihat Gauahar muncul dengan pakaian pendek ketika menjadi hos pertandingan akhir nyanyian anjuran stesen televisyen Raw Star di Goregaon, Mumbai, semalam.

“Seorang wanita Islam tidak sepatutnya berpakaian seksi seperti itu,” kata Akil kepada polis, merujuk kepada cara Gauahar berpakaian.
Menurut laporan akhbar The Independent, Akil ditangkap dan akan didakwa dengan tuduhan mencabul.

Meskipun ada 2,500 penonton dan 250 hadir di studio, Akil berjaya melepasi kawalan keselamatan dan mendekati Gauahar di atas pentas untuk menempelengnya.

Dia bagaimanapun ditolak oleh kru sebelum keadaan menjadi buruk. - Agensi

-hmetro

Popular Posts