Media Kini Sentiasa Update !!

Friday 24 July 2015

GEMPAR!! Teruk Dikritik & Dikecam, Azwan Ali Tutup Akaun Twitter

Nama Azwan Ali sememangnya sentiasa panas. Namun minggu nama diva ini menjadi terlebih panas, menggelegak bak air yang dijerang apabila 2 kontroversi melanda dirinya.

Pertamanya sudah tentu luahan rasa tidak puas hati terhadap Nabil Ahmad yang tidak menegur dirinya. Kedua ialah kata-kata yang kurang bermoral dan dilihat menghina mangsa kemalangan jalan raya di Aidilfitri.


Kedua-dua kontroversi ini timbul selepas kata-kata berkaitan diluahkan menerusi akaun Twitternya.

Akibat kata-kata yang ditulisnya, ramai pengguna Twitter yang mengecam dan mengkritik tindakannya. Kebanyakannya menganggap ia adalah satu perbuatan yang tidak patut.

Ramai yang menasihati Azwan Ali agar berubah, lebih-lebih lagi apabila diva itu telah menunaikan umrah beberapa kali. Akibat dikritik dan dikecam teruk, Azwan Ali telah pun mengambil keputusan untuk menutup akaun Twitternya.

Namun sebelum penutupan tersebut dilakukan, Azwan Ali sempat memberi kata-kata terakhir kepada pengikut-pengikut setianya di Twitter:-




Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts