Media Kini Sentiasa Update !!

Saturday 25 July 2015

3 individu dikecam

Kuala Lumpur: Tiga individu dikecam pengguna laman sosial selepas didapati menari ‘gedik’ dan meniru suara menggunakan aplikasi Dubsmash berlatarbelakangkan kalimah tauhid (la ilaha illallah) yang ditampal di dinding.

Gelagat tidak beradab itu yang tersebar melalui laman sosial dianggap cuba merendahkan nilai-nilai murni serta menjatuhkan imej Islam.


Menerusi video berdurasi 1 minit 50 saat itu, tiga individu itu memperagakan pelbagai aksi dan mimik mulut yang ditiru berdasarkan watak cerita dan penyanyi terkenal.

Video yang mencapai bilangan tontonan melebihi 120,000 itu dianggap satu perbuatan biadap, cubaan menghina serta tidak menghormati sensitiviti agama.

Rata-rata yang memberi komen menyifatkan meskipun niat atau tujuan mereka sekadar untuk berhibur, namun tindakan menari dengan aksi yang kurang sopan berlatarkan kalimah suci itu dianggap keterlaluan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts