Dalam Op Dadu kira-kira jam 12 tengah malam itu, lelaki berusia 53 tahun bersama dua individu lain tidak menyedari premis itu dikepung menyebabkan mereka gagal meloloskan diri sebaik diserbu sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.
Selain itu, lelaki terbabit mengaku memberi alasan kepada isterinya untuk mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri rakannya.
Bagaimanapun, polis tidak mengendahkan alasan itu dan dia bersama dua individu lain dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobden berkata, dua lelaki sedang asyik melakukan taruhan dalam aktiviti perjudian atas talian ketika polis melakukan serbuan.
“Hasil serbuan, polis menahan tiga individu, masing-masing dua pelanggan berusia 30 dan 53 tahun manakala seorang lelaki dipercayai penjaga premis berusia 27 tahun,” katanya ketika dihubungi.
Sumber
0 comments:
Post a Comment