Tindakan beliau memuat naik status tidak berpuas hati dengan tindakan empat orang pelajar itu berjaya mendapat perhatian Kementerian Pendidikan dan mereka sudah membuat tinjauan ke sekolah berasrama terbabit.
“Namun, dia tidak pula mengadu dipukul oleh empat orang pelajar kerana keluar tanpa kebenaran. Cerita dia dipukul itu, disampaikan oleh kawan ibu saya.
“Adik saya telah dibawa pulang namun masih berada dalam keadaan trauma. Dia tidur sepanjang hari dan enggan bercakap dengan sesiapa kerana ketakutan.
“Ibu saya telah membawa adik saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan membuat laporan polis,” ujar Almy dipetik sebagai berkata.
Menurut Almy, beliau sama sekali tidak menyangka kes buli yang semakin menular ini akan terjadi kepada adiknya sendiri. Baginya, tindakan undang-undang perlu diambil bagi membanteras kes ini daripada terus berleluasa.
“Selalunya kita melihat cerita sebegini di dada akhbar tetapi tidak sangka pula terjadi pada ahli keluarga kita sendiri. Saya yang meminta agar adik lelaki saya itu dimasukkan ke sekolah yang baik agar dia mendapat pendidikan terbaik untuk masa hadapan.
“Pada mulanya, memang saya risau juga kerana ada pelajar sekolah yang memberi komen negatif terhadap status yang saya muat naik di Instagram. Namun negara kita ada undang-undang, mereka tidak boleh bertindak sesuka hati saja,” jelasnya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment