Media Kini Sentiasa Update !!

Saturday 25 July 2015

Kecewa wajah tak sama

Beijing: Pertemuan pertama satu pasangan di sini yang berkenalan melalui laman sosial tidak berlangsung seperti diharapkan.

Pertemuan yang sepatutnya merapatkan hubungan pasangan itu akhirnya menjadi pergaduhan yang memalukan.


Pergaduhan tercetus selepas pasangan itu saling menuduh satu sama lain menipu apabila mendapati wajah mereka berbeza dengan gambar yang dimuat naik di laman sosial.

Menurut laporan media di China, pasangan itu merancang berjumpa di sebuah pasar raya selepas beberapa bulan berkenalan di Internet.

Bagaimanapun, pertemuan itu mencetuskan pergaduhan selepas mendapati wajah masing-masing berbeza dengan gambar di laman sosial.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts