Media Kini Sentiasa Update !!

Wednesday 22 July 2015

‘Ibu tidur, adik sakit’

Kuantan: Sungguh memilukan apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cuba ‘mengejutkan’ jasad ibunya, Mahfuzah Ishak, 28, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 403.9 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Kuala Kubu Baru, Selangor, kelmarin.


Menyangka ibunya tidur, Nur Adni Afeera Shahrul Raziman dilihat beberapa kali bercakap-cakap dengan jenazah ibunya yang disangkakan masih bernyawa.

“Mama, bangunlah.. ramai orang datang rumah kita,” katanya.
Selepas tidak mendapat ‘reaksi’ daripada ibunya, Nur Adni Afeera kemudian beralih kepada Muhammad Harraz Zafran, 1, sebelum memberitahu orang ramai bahawa adiknya ‘sakit’.

Situasi itu ternyata menyentuh hati orang ramai yang menziarahi jenazah dua beranak berkenaan di rumah keluarga Mahfuzah di Kampung Lepar Hilir 1, dekat sini, malam kelmarin.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts