Media Kini Sentiasa Update !!

Friday, 24 July 2015

GEMPAR!! Itu Fitnah! Anak Saudara Dakwa Chef Wan Tak Bayar Gaji Maid 2 Bulan Sampai Maid Lari

Sejak kes Chef Wan upload gambar saudara maranya yang lewat bangun tidur pada Hari Raya dengan caption pedas seminggu lepas, kes ini masih menjadi viral.


Anak saudara Chef Wan yang bengang dengan tindakan bapa saudaranya itu bertindak membalas kenyataan Chef Wan dan berniat untuk kemukakan saman.



Baca kronologi cerita:

Chef Wan Mengamuk Di Pagi Raya Hingga Memalukan Keluarga Sendiri

“Kami Bangun Lambat Kerana Penat Layan Tetamu Dan Peminat Chef Wan”

Anak Saudara Chef Wan: Minta Maaf Atau Kami Akan Saman!

Chef Wan: “Kita Beri Makan Digigitnya Balik”, “Anjing Pun Masih Hormat Tuan” , “Saya Yang Jadi Bank Negara Tanggung Semua, Dia Satu Sen Pun Tak Bagi”

Semalam, menerusi Inbox page terbakor.com seorang pembaca berkongsi cerita tentang tuduhan anak saudara Chef Wan yang mendakwa chef selebriti itu tidak membayar gaji maid selama dua bulan sampai maid tu lari. Ini kiriman pembaca terbakor.com. Chef Wan menafikan dengan panjang lebar tuduhan anak saudaranya itu.

Sumber

'Padan muka mereka, puas hati saya'

KUALA TERENGGANU – “Puas hati saya, padan muka mereka suka sangat buat bising tengah-tengah malam sampaikan nak tidur tak senang,” itu luahan beberapa penduduk yang ditemui Sinar Harian di Kampung Padang Midin, di sini, semalam.

Kata-kata itu dihamburkan kepada mereka yang terlibat dalam kumpulan mat rempit yang ditahan pihak berkuasa dalam operasi khusus terhadap samseng jalanan di kawasan lampu isyarat Paya Resak, Padang Midin antara jam 3 pagi dan 7 pagi Isnin lalu.


Seorang penduduk yang mahu dikenal Wan Li, 58, berkata, aktiviti itu bukan perkara baharu bagi penduduk di kampung berkenaan, malah boleh dikatakan hampir setiap minggu ada perlumbaan di kawasan sama.

“Kami anak beranak memang terganggu dengan aktiviti mereka tetapi semua sudah tahu dan saya rasa polis pun tahu hal ini, bukan malam raya sahaja mereka buat kerja ni (berlumba) malah setiap malam hujung minggu pun ada di sini.

“Lapor pun sama juga, esok-esok dia buat balik… budak-budak ni pandai, bila polis ronda mereka lari merata masuk kampung, bila polis tak ada dia keluar semula ramai-ramai… dah kena macam ni harapnya lepas ni tak ada lah,” katanya dengan nada.

Manakala bagi Din, 37, pula berkata, sejak menyewa di tepi jalan utama kampung berkenaan, masalah mat rempit ibarat menjadi hiburan buat anak muda di kawasan berhampiran malah ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu tengok aksi mereka.

“Kadang-kadang geram juga dengan mereka ini semua, tapi itulah siapa kita nak larang, lagipun mereka bukan dengar kata penduduk kampung kat sini. Dah macam-macam usaha kami buat, tapi mereka tak peduli pun.

“Baguslah kalau polis dapat tahan mereka ini, sekurang-kurangnya jadi pengajaran kepada mereka yang lain untuk datang sini lagi nak berlumba. Kami dah muak dengan perangai mereka yang tak reti nak bertimbang rasa terutama kepada keluarga yang ada anak kecil dan
sebagainya… asal lewat malam sahaja akan ada lah mereka tunjuk kehebatan masing-masing,” katanya.

Dalam masa sama, Pengerusi JKKK, Razali Shahul Hamid mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota yang terlibat kerana membanteras masalah itu yang sudah lama berlaku.

Sumber

Tertinggal anak ketika ke tandas

Semarang (Indonesia): Satu keluarga yang dalam perjalanan pulang ke kota selepas bercuti di kampung tidak menyedari seorang anak mereka tertinggal ketika berhenti di hentian rehat di sebuah lebuh raya di sini semalam.

Keluarga berkenaan menyedari anak mereka berusia tujuh tahun itu tiada dalam kereta ketika berhenti di sebuah lagi hentian kira-kira 70 kilometer dari hentian sebelumnya.


Kanak-kanak lelaki itu ditemui menangis oleh seorang petugas lebuh raya sebelum menyerahkannya kepada polis.

Jurucakap polis, Ipda Budi berkata, kanak-kanak itu memberitahu dia tidur di tempat duduk belakang sebelum kereta dipandu bapanya berhenti di hentian berkenaan.

“Ibu bapa kanak-kanak ini keluar ke tandas dan tidak menyedari anaknya turut mengikut mereka dari belakang.

“Selepas ke tandas, ibu bapa kanak-kanak itu terus masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan menuju ke Codet di Jakarta Timur.

“Mereka menyedari anaknya tiada di tempat duduk belakang empat jam kemudiannya ketika berhenti di sebuah lagi hentian untuk makan,” katanya.

Menurutnya, bapa kanak-kanak itu kemudiannya meminta bantuan petugas di hentian rehat berkenaan untuk menghubungi petugas di hentian sebelum ini.

“Ibu bapa kanak-kanak itu berpatah balik ke hentian berkenaan selepas dimaklumkan anak mereka berada dalam jagaan anggota polis.

“Kanak-kanak ini diserah kembali kepada keluarganya dan polis menasihati mereka supaya lebih berhati-hati,” jelasnya.

Sumber

FUHH!! ANAK GADIS MELAYU TERKINI MEMANG BETUL2 PARAH

SERIUS MEMANG PARAH !!! Selfie tunjuk buah yang tidak seharusnya berada di Sosial Media. Apa nak jadi dengan anak melayu masa kini. Dalam era yang membangun ni banyak betul style dan pengaruh media sosial barat yang memesongkan akidah anak-anak muda melayu terutamanya wanita.


Pelbagai fesyen yang menampakkan tubuh badan samada dari barat,k-pop dan sebagainya.

Jom kita terjah cara pemakaian anak gadis melayu terkini sekarang...







Sumber

KESIAN!!! Hembus nafas setengah jam lepas dirawat

Tanah Merah: Seorang anggota tentera berpangkat sarjan sempat dirawat selama setengah jam sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana cedera parah akibat kemalangan di Kilometer 55, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, dekat Kampung Bechah Laut, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 1.40 petang ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Machang menuju ke Jeli.


Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mangsa, Hanafi Mohd Nawi berusia 36 tahun berkhidmat di Kem Desa Pahlawan Bukit Cina, Kok Lanas, Kota Bharu.

Katanya, beliau meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Tanah Merah (HTM), di sini, pada jam 2.10 petang.

“Mangsa terbabit kemalangan apabila kereta dipandu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar tebing.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terpelanting ke tengah jalan, dalam keadaan empat tayar di atas.

“Mangsa cedera parah dan dibawa ke HTM untuk rawatan kecemasan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, Hanafi disahkan meninggal dunia pada jam 2.10 petang ketika dirawat.

Suzaimi berkata, mayat dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber

‘Dibuang’ isteri gila emas

Klang: “Sejak dilahirkan Jun lalu, saya hanya sempat bertemu dengan anak dua kali. Paling lama pun 10 minit sebelum dihalau keluarga isteri,” kata seorang kakitangan kerajaan yang hidup tertekan selepas ‘dibuang’ isteri dan keluarga mentua disebabkan isu kewangan.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 24, berkata, baki pendapatannya yang hanya tinggal RM900 selepas ditolak pelbagai komitmen lain setiap bulan menyebabkan dia tidak dapat memenuhi kehendak isterinya yang mahu barangan kemas.


“Kami berkahwin pada penghujung 2013 atas dasar suka sama suka, tetapi dia mula berubah sikap selepas hampir setahun kami berumah tangga.

“Tanpa memikirkan pendapatan saya yang hanya cukup untuk keperluan harian, dia kerap meminta barangan kemas seperti gelang dan rantai yang berharga ribuan ringgit.

Disebabkan saya gagal memenuhi kehendaknya, dia buat perangai dan kami mula bertengkar,” katanya yang ditemui selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada Perunding Motivasi dan Kaunselor Berdaftar Hushim Salleh, di sini, semalam.

Amin berkata, perangai isterinya berubah selepas dia mendapat pekerjaan dengan gaji lebih tinggi daripadanya.

Sumber

MENGEJUTKAN!!! PENYANYI DANGDUT POPULAR MENINGGAL DUNIA

Bandung – Penyanyi dangdut popular Indonesia, Iceu Wong meninggal dunia semalam selepas menderita akibat penyakit barah payudara.

Pengurusnya, Haze berkata, penyanyi berusia 30 tahun itu meninggal dunia di hospital kira-kira jam 4 pagi semalam.


Katanya, Iceu atau nama penuhnya Iceu Srimulyati mula dikesan menghidap barah payudara sejak setahun yang lalu.

“Iya, Iceu meninggal dunia akibat barah payudara. Barah itu sudah masuk tahap empat,” ujarnya.

Menurutnya, penyanyi yang popular dengan lagu Pacar Lima Langkah itu dimasukkan ke hospital sejak kelmarin.

“Di saat semua orang gembira menyambut Aidilfitri, Iceu terpaksa menanggung kesakitan dan dimasukkan ke hospital,” jelasnya.

Tambahnya, jenazah penyanyi itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Rancaekek di sini.

Penyanyi berkenaan meninggalkan suami, Gesit Asmoro Bangun dan seorang anak gadis.

Sumber 

Popular Posts